Tuesday, August 12

12 Ogos :)


 

Alhamdulillah , telah genap 19 tahun diri ini dilahirkan. Namun pabila diri ini semakin menghampiri hari kematian , aku terfikir apakah jasa atau sumbangan yang telah aku berikan kepada negara , masyarakat juga ummah. Allahu , betapa sikitnya. Harapnya kehidupan selepas ini lebih baik , lebih berjasa pada ummah , inshaAllah :)

Ucapan hari lahir terbaik untuk tahun ini , oleh chinggu. Biasalah bakal penulis kan ? ;) Ucapan yang membuatkan hati ini kembang kepis menahan sebak. Aku tak kisah pun kalau kau lupa , sebab aku tahu yang aku akan sentiasa ada di hati kau hehehee. Terima kasih telah menjadi tempat aku mengarut , tempat aku menangis , tempat aku menggedik. InshaAllah nanti boleh dating lebih kerap , sebab jarak kita kini lebih dekat huhuhuu. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke SyurgaNya :')

Terima kasih juga buat sahabat Avant Garde , sahabat di KMS , sahabat cekalians dan juga sesiapa yang telah mendoakan diri ini. Semoga kita semua menjadi hambaNya , khalifahNya yang lebih baik dari sebelum ini. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita semua ke arah jalanNya.


Alhamdulillah , hadiah hari lahir yang pertama. Bersyukur sangat kerana Allah kurniakan rezeki untuk sambung belajar agar aku boleh berbakti pada ummah , inshaAllah. Semoga itu yang terbaik.

Ustazah Nurul , inshaAllah :)

Tak lupa juga , terima kasih buat 좋은 친구. Yang sentiasa menasihati diri ini , meskipun kau tak sedar. InshaAllah , sentiasa mendoakan yang terbaik buat kau , aku dan kita :)