Sunday, February 10

Si lelaki si wanita ♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini terasa nak share tentang sesuatu yang mungkin tak ramai orang tahu or mungkin jugak ramai orang dah tahu . Hehehe . Pasal apa ? Pasal Taqdim ;] . Yeahh , mesti korang terfikir pasal solat jamak taqdim kan ? Kali ini bukan , ini taqdim nikah . Aku tahu benda ini pun daripada kawan aku and bukan ke bagus kalau kita share sesuatu yang kita tahu dengan orang lain ;]


Bagi aku , maksud mudah untuk taqdim , cop atau ikat . Si lelaki menyatakan hasrat untuk menjadikan si wanita sebagai isteri . Sebenarnya bagi aku , taqdim ini jugak nak tahu yang si wanita yang bakal dikahwini ini dah berpunya atau belum dan bila si wanita telah di-taqdim oleh si lelaki , secara automatiknya si wanita telah dicop , diikat dan bertunang secara tidak rasminya dengan si lelaki ;]

Tapii sebelum si lelaki meng-taqdim si wanita haruslah si lelaki buat solat istikharah supaya si lelaki tahu yang samada perkara yang bakal dia lakukan betul atau salah . Bukan si lelaki aje , si wanita pun kena buat solat istikharah , untuk tahu yang dia patut ke terima si lelaki ataupun tidak . So that bila dalam proses taqdim ini , tak ada sebarang masalah

Lepas proses taqdim juga ada benda yang si lelaki dan si wanita harus buat , iaitu jaga hubungan . Jangan terlampau bebas berhubung samada ber'sms' , bertelefon , ber'chatting' supaya proses taqdim itu tak menjauhkan si lelaki dan si wanita daripada Allah .Seelok-eloknya , kalau nak berhubung tuh biarlah ada orang tengah .

Okayy , ini aje yang aku faham dan dapat disharekan dengn korang tentang taqdim , kalau ada salah atau kekurangan , betulkan dan maafkanlah . Aku ini hanyalah manusia biasa yang perlukan teguran apabila melakukan kesilapan


Rasa janggal bila dah lama tak update blog , lepas tuh buat post panjang macam ini ;]