Friday, May 24

Di . M . I . I

Tengah kemas baju , tiba-tiba

Aku : Ika , babai
Ika : Akak nak pergi mana ?
Aku : Akak nak pergi belajar
Ika : kat mana ?
Aku : kat KL
Ika : Alaaa lepas ni siapa nak ajar Ika kerja sekolah *dengan suara yang nak menangis
Aku : Alaaaa , mama kan ada , kak Ira ada , kak Kina ada
Ika : Tak nak ! Nanti kak Kina bukan nak tengok kan

Aku tunduk dengan mata yang bergenang , Ika merajuk kat luar rumah

Sahabat-sahabat , kawan-kawan , rakan-rakan , teman-teman
Kat mana pun kita sambung belajar , yang penting niat kita. Mencari redha Allah :] Tak kisah lah orang nak kata kita tak layak ke kita ni tak pandai nak pilih tempat belajar ke. Yang penting diri sendiri , kalau korang percaya yang korang boleh buat , for sure korang boleh buat ! Tapii jangan percaya je tapii tak usaha nak ulang kaji or nak baca buku -_- And kat mana pun kita berada lepas ni , jangan lupa jaga Diri, jaga Maruah , jaga Iman. Ehh tambahan ! jaga Ikhtilat *ohh snap -_-

Nanti mesti rasa kekok bila bangun pagi , selalunya kat rumah bangun pagi je dah seru nama Ika and Umi , kejut mereka berdua bangun pergi sekolah tapii nanti Fina yang bangun dulu sambil buat muka comel :3
Nanti mesti rasa sunyi , selalunya kat rumah Ika , Umi , Fina mesti terjerit " Akak nak air sirap !" " Akak teman lah pergi tandas !" " Kakak !".

Nanti mesti asyik teringat kat Ika , Umi and Fina , selalunya kat rumah ni mereka bertiga ni lah yang menyerikan , menggembirakan ,  menghuru-harakan hidup aku haha.

Berbaur-baur perasaan aku sekarang , macam-macam ada. Takut , gembira , teruja , sedih. Takut nak hadapi dunia 'luar'. Gembira nak belajar balik selepas 5 bulan tak belajar. Teruja nak belajar dengan sistem yang berlainan daripada sistem kat sekolah. Sedih nak tinggalkan rutin-rutin kat rumah , tengok CSI tengah malam , makan chesse cake dengan mama , gossip dengan Ira and Kina pasal kenangan dolu-dolu.

Umi . Fina . Ika
Masing-masing dah hala tuju sendiri , Ada yang ke IPTA , ada yang ke IPTS , ada yang kat tingkatan 6 , ada yang kat matrikulasi. Jangan terlampau amik kisah pendapat orang sampai pendapat kita sendiri terabai. Jangan disebabkan masa lampau , kita tak boleh berjaya pada masa depan :]

*Ishh ! Bercampur aduk cerita aku -_-. Apa yang baik , tuh korang amik lah. Tuh pun kalau ada. Apa yang buruk , tuh korang buat tak nampak lah. Yang tuh memang banyak haha :D