Sunday, August 25

Belajar sebab apa dan siapa ?

Si F : Weii , jom keluar ?
Si A : Woii , dah takde kerja dah ke ?
Si F : Kenapa pulak ?
Si A : Uhuii ! Exam nak dekat dah !
Si F : Ehem.. Kita belajar untuk apa dan siapa ?

Salam sejahtera buat semua :]
What's on your mind ? Apa yang kalian terfikir bila baca perbualan singkat kat atas ? Dulu kat sekolah , bila ustazah/ustaz tanya belajar sebab apa ? Kita jawab sebab nak cari redha Allah. Tapii cuba kita fikir balik , betul ke apa yang kita jawab dulu selaras dengan apa yang kita praktikkan sekarang ? Atau tidak ? 
Alhamdulillah dan tahniah , bagi mereka yang dapat mempraktikkan . Tapii bagi yang tidak , kita geng ! -___-

Terasa tertampar bila baca perbualan antara Si F dan Si A. Terima kasih kepada Si F kerana turut menyedarkan diri ini yang telah terhanyut mengejar duniawi semata-mata. Kita ni sibuk berusaha bersungguh-sungguh , dok stay up bagai tapii kita tak berdoa , tak meminta pada Si Pemberi. Natijahnya , bila kita dapat keputusan yang tak cemerlang , kita dok menyesal sebab belajar bersungguh-sungguh. Ishh , kita sepatutnya tawakal. Apa itu tawakal ? Berserah diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Sebab Allah pandang usaha kita bukan kejayaan kita :] 
Bila dapat keputusan yang tak cemerlang , cuba refleksi balik , kat mana silap kita ? Usaha yang tak cukup atau hubungan kita dengan Allah yang tak terjaga ?

Justeru itu , marilah kita bersama-sama memperbetulkan niat kita belajar untuk apa dan siapa, juga marilah kita mempraktikkannya. Sang penulis juga seorang yang tidak sempurna , tulisan ini hanya untuk berkongsi pendapat. Semoga kita sentiasa berada dibawah redha-Nya :] Ohh ya , jangan lupa untuk doakan saudara-saudara kita yang sibuk mengejar syahid disana :'] #PrayforEygpt


Kita berlakon seolah-olah kita okayy tapii hakikatnya ?
Biarlah Allah yang saja yang tahu.
Biarlah Allah yang menentukan.
Biarlah.
Let's we improve ourself first :']

Tuesday, June 25

Anggapan :]

Jangan beranggapan orang-orang yang alim , tak pernah dan tak buat kesilapan
kerana mereka juga manusia

Jangan beranggapan orang-orang yang bertudung labuh , tak pernah dan tak buat kesilapan
kerana mereka juga manusia

Jangan mudah untuk membuat anggapan negatif ! 
Sebab kita semua manusia , pernah dan selalu melakukan kesilapan. Tapii apa yang kita boleh buat , cuba kurang melakukan kesilapan dan tingkatkan diri dari masa ke semasa. 

Semua yang berlaku , ada hikmahnya. Jadi , kalau kita melihat orang lain melakukan kesilapan , itu tandanya Allah memperingati kita supaya tidak mengulangi kesilapan orang tersebut. Memang betul , susah nak beranggapan positif dengan semua orang tapii sekurang-kurangnya kita cuba , suatu hari nanti , kita akan terbiasa beranggapan positif dengan semua orang.
 
*Nota untuk diri sendiri yang sentiasa melakukan kesilapan :]

Alhamdulillah semakin stabil di sini , cuma masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan kepadatan jadual

doakan lah diri ini supaya sentiasa menuntut ilmu kerana-Nya , dan supaya diri ini sentiasa berada dibawah rahmat-Nya :]

Friday, May 24

Di . M . I . I

Tengah kemas baju , tiba-tiba

Aku : Ika , babai
Ika : Akak nak pergi mana ?
Aku : Akak nak pergi belajar
Ika : kat mana ?
Aku : kat KL
Ika : Alaaa lepas ni siapa nak ajar Ika kerja sekolah *dengan suara yang nak menangis
Aku : Alaaaa , mama kan ada , kak Ira ada , kak Kina ada
Ika : Tak nak ! Nanti kak Kina bukan nak tengok kan

Aku tunduk dengan mata yang bergenang , Ika merajuk kat luar rumah

Sahabat-sahabat , kawan-kawan , rakan-rakan , teman-teman
Kat mana pun kita sambung belajar , yang penting niat kita. Mencari redha Allah :] Tak kisah lah orang nak kata kita tak layak ke kita ni tak pandai nak pilih tempat belajar ke. Yang penting diri sendiri , kalau korang percaya yang korang boleh buat , for sure korang boleh buat ! Tapii jangan percaya je tapii tak usaha nak ulang kaji or nak baca buku -_- And kat mana pun kita berada lepas ni , jangan lupa jaga Diri, jaga Maruah , jaga Iman. Ehh tambahan ! jaga Ikhtilat *ohh snap -_-

Nanti mesti rasa kekok bila bangun pagi , selalunya kat rumah bangun pagi je dah seru nama Ika and Umi , kejut mereka berdua bangun pergi sekolah tapii nanti Fina yang bangun dulu sambil buat muka comel :3
Nanti mesti rasa sunyi , selalunya kat rumah Ika , Umi , Fina mesti terjerit " Akak nak air sirap !" " Akak teman lah pergi tandas !" " Kakak !".

Nanti mesti asyik teringat kat Ika , Umi and Fina , selalunya kat rumah ni mereka bertiga ni lah yang menyerikan , menggembirakan ,  menghuru-harakan hidup aku haha.

Berbaur-baur perasaan aku sekarang , macam-macam ada. Takut , gembira , teruja , sedih. Takut nak hadapi dunia 'luar'. Gembira nak belajar balik selepas 5 bulan tak belajar. Teruja nak belajar dengan sistem yang berlainan daripada sistem kat sekolah. Sedih nak tinggalkan rutin-rutin kat rumah , tengok CSI tengah malam , makan chesse cake dengan mama , gossip dengan Ira and Kina pasal kenangan dolu-dolu.

Umi . Fina . Ika
Masing-masing dah hala tuju sendiri , Ada yang ke IPTA , ada yang ke IPTS , ada yang kat tingkatan 6 , ada yang kat matrikulasi. Jangan terlampau amik kisah pendapat orang sampai pendapat kita sendiri terabai. Jangan disebabkan masa lampau , kita tak boleh berjaya pada masa depan :]

*Ishh ! Bercampur aduk cerita aku -_-. Apa yang baik , tuh korang amik lah. Tuh pun kalau ada. Apa yang buruk , tuh korang buat tak nampak lah. Yang tuh memang banyak haha :D

Tuesday, April 2

sahabat . 친구 . صديقة

ada satu masa kita akan 'jatuh' :']













































Setiap gambar ada cerita *ececeeeh :P Tapii kalau nak cerita pasal setiap satu gambar , memang tak kan habis lah , cukup lah aku nak bagitahu kat sini yang aku rinduuuuuuu sahabat-sahabat aku ! Seriously , aku tak tipu , samada sahabat tuh lelaki ke perempuan . Samada batch Avant Garde ke Joker . Kita tetap sahabat kan ? :]

Aku selalu terfikir , kat luar sana tuh ada ke sahabat yang macam aku ada sekarang ? Mungkin tak ada , mungkin ada . Kalau ada pun , tak semestinya aku boleh 'ngam' dengan dorang . Hehe

Sahabat yang sentiasa ada untuk sahabatnya tak kira waktu gembira ke stress ke sedih , sahabat yang sentiasa kongsi makanan dengan sahabatnya :p , sahabat yang sentiasa boleh itsar kepada sahabatnya , paling penting , sahabat yang sentiasa menegur sahabatnya yang melakukan kesilapan . :']

"ANA ANTI WA ANTI ANA!
NAHNU RUHANI FIL BADAN!"

Sahabat kita ibarat nyawa kita . Last but not least , uhibbukum fillah